Mangga

Khamis, 23 Disember 2010

Coretan Pertama

         Apa yang nak aku coretkan disini. Coretan pertama, tapi tak tau apa nak di coretkan. Mungkin aku patut ceritakan tentang diriku, sebelum aku ceritakan tentang orang-orang di sekelilingku. Aku adalah anak bongsu daripada lima orang adik beradik. Adik beradikku semuanya lelaki.
        Jadi aku tak pernah merasai kehadiran kakak dalam keluargaku. Jadi tak hairanlah, kalau kesemua adik beradikku pandai masak. Keluargaku, bukanlah dari golongan yang berada, sebab itulah kami adik beradik kena belajar masak, sebab mak tak sempat nak sediakan makanan pada waktu tengahari. Kalau bab masak ni, aku lah champion, kalau nak di bandingkan dengan abang-abang ku. Bukan aku pandai masak, tapi aku yang sering kena masak. He..he.... Tak kisahlah..asal mereka makan apa yang aku masak.

        Sebelum aku teruskan, aku nak ceritakan zaman sekolah aku. Darjah satu hingga darjah 6, tak banyak yang aku dapat ceritakan. Mungkin zaman tu, tau nak main jer. Tapi darjah 6, ada juga kisah yang aku masih ingat hingga sekarang.Dalam darjah 2, mak dan ayah telah berpisah. Aku dan abang-abang, semua tinggal dengan mak. Disebabkan aku dari golongan keluarga yang susah, aku ditawarkan dalam program Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Save la budget tu, sebab dapat makan free.
       Ada satu hari tu, pihak sekolah akan adakan Projek Anak Angkat. Jadi semua pelajar darjah 6 perlu tidur di sekolah selama 3 hari 2 malam. Yuran program tu RM 20.00. Pada masa yang sama, mak baru keluar hospital kerana demam. Aku tak dapat hadir ke program tu kerana mak tak dapat sediakan RM 20.00 untuk aku bayar yuran. Jadi, aku tak datanglah ke sekolah pada petang tu. Namun, lebih kurang pukul 6, cikgu besar sekolah SKTM (sekolah aku la tu, lupa nak bagitau), Chamras Ehkoo, datang ke rumahku, dan menanyakan, kenapa tak datang ke sekolah hadiri program anak angkat. Emak menceritakan masalahku, dan selepas itu, cikgu mengarahkan aku berkemas. Aku membonceng motosikal cikgu dan apabila sampai di sekolah, kawan-kawan berpaling kearah aku, dengan rasa kebingungan. mungkin dalam kepala mereka, aku ni malas nak sertai program anak angkat kot. Setelah selesai hadiri program tu, barulah ku tahu, cikgu besar yang tolong bayarkan yuranku. Masa ku jumpa cikgu besar, itulah kali pertama aku menangis di sekolah. Aku tidak sedih dilahirkan dalam keluarga miskin, tapi aku sedih bila terkenangkan mak, yang mencari rezeki untuk kami sekeluarga.
       Setelah keputusan UPSR keluar, aku dapat 4A (masa tu maksimum 4 subjek jer). Keputusan ini, aku hadiahkan untuk mak, kerana banyak berkorban untuk aku dan abang-abang. Aku ditawarkan ke Sek Men Sains Machang. Aku tinggal di asrama, berjauhan dari keluarga. Rasa rindu pada keluarga, amatlah aku rasai. Mak, ayah dan abang-abang, datang menjengukku di sekolah, bila hari cuti. Rasa terubatlah rinduku pada keluarga. Namun, bukan setiap hari cuti keluargaku datang menjenguk. Bila hari cuti, aku asyik mendengar 'annauncement' dari pengawas yang memanggil nama pelajar, bila keluarga mereka datang menjenguk. Aku sedih bila namaku tidak dipanggil, dan aku tau, keluargaku tak datang menjengukku. Untuk mengubat hati, aku pergi juga ke kantin (tempat keluarga dan pelajar berkumpul), mana tau, aku tak dengar dengan jelas namaku dipanggil. Namun, tiada keluargaku pun disitu, yang ada hanyalah, gelak ketawa kawan-kawan yang sedang menjamu selera bersama keluarga masing-masing...... Bersambung......

1 ulasan:

  1. Kesusahan hidup dulu kita amik pengajaran agar untuk hidup lebih senang dikemudian hari.Kesusahan hidup dahulu mengajar kita erti kehidupan sebenar.Cuma ingatlah,ada orang yang lebih susah daripada kita.Jangan lah kita rasa bersedih dilahirkan dalam keluarga susah,yang penting kita ubahlah nasib keluarga agar kehidupan dulu tidak lagi berpanjangan hingga akhir hayat kita.Berilah sedikit sumbangan pada mereka-mereka yang telah banyak membantu kita(MAK).Berilah sedikit kesenagan pada anak-anak supaya mereka tidak merasai apa yang kita rasa tetapi AWAS jangan terlalu berlebihan kerana ia boleh merosakkan mereka.Isyaallah kita akan sewlamat dunia dan akhirat.

    BalasPadam